Tuesday, April 17, 2012

Laman beli-belah online popular di Malaysia


Dengan meningkatnya populariti laman web seperti AirAsia dan Groupon Malaysia, pengguna tempatan kini semakin selesa dengan pembelian melalui Internet. Ianya menjimatkan masa, anda tidak perlu keluar dan boleh melakukan segala urusan terus dari rumah.
Berapa kerapkah anda menggunakan perkhidmatan seperti ini? Artikel pada kali ini akan menyenaraikan laman web yang boleh memudahkan urusan anda setiap hari.

Maybank2U

Maybank2u.com
Maybank2U adalah laman tempatan yang paling kerap dilawati oleh rakyat Malaysia (mengikut senarai Alexa). Pelbagai urusan perbankan boleh dilakukan seperti memindahkan wang atau membeli kredit tambah nilai bagi telefon.
Malah jika anda mempunyai kad debit Maybank (setiap pemegang akaun Maybank akan mempunyai kad ini), anda boleh menggunakannya sebagai kad kredit untuk pembelian di laman web seperti AirAsia dan Amazon.

AirAsia

AirAsia
AirAsia telah mencetuskan revolusi dalam meyakinkan pengguna Malaysia untuk membuat pembelian secara online. Dengan harga tiket yang sangat murah, anda boleh membuat tempahan tiket serta mengatur jadual penerbangan terus di laman web ini.

Groupon Malaysia

Groupon Malaysia
Groupon telah membawa pembelian online di Malaysia ke tahap yang baru di mana ia menawarkan produk, perkhidmatan, pakej percutian, dan banyak lagi. Bukan sahaja anda dapat meneroka pelbagai tempat baru di bandar anda, malah anda dapat menikmatinya pada harga yang sangat rendah.
Selain daripada Groupon Malaysia, terdapat pelbagai laman sepertinya contohnya Everyday, MyDeal, dan MilkADeal.

Amazon Kindle

Amazon.com Kindle eBooks
Amazon memang dikenali sebagai laman beli-belah pertama antarabangsa. Namun saya sendiri tidak menggunakannya sehinggalah munculnya Kindle, di mana anda boleh mendapatkan segala jenis buku dalam bentuk elektronik, terus dihantar kepada komputer/peranti anda. Bukan sahaja anda berpeluang mendapatkan pelbagai tajuk yang terbaru, malah ianya juga lebih murah berbanding buku fizikal yang biasa.

Steam

Steam
Steam membuka mata saya yang perisian asli tidak semestinya mahal. Steam menawarkan pelbagai permainan komputer lama dan baru, dan ianya juga akan terus dihantar kepada komputer anda.

Monday, April 16, 2012

Cara memasang butang Facebook Like pada entri blog


Terdapat beberapa kelebihan dalam memasang butang Facebook Like pada entri blog. Apabila pembaca menekan butang ‘Like’, artikel tersebut akan dikongsikan pada Facebook mereka, sekaligus membantu promosi blog anda . Jumlah ‘Like’ juga boleh dijadikan sebagai kayu ukur untuk populariti satu-satu artikel.
Artikel ini akan menerangkan cara-cara memasang butang Facebook Like untuk WordPress secara manual, tanpa menggunakan plugin. Kelebihan cara ini adalah ianya lebih ringan, anda juga dapat membiasakan diri dengan Facebook App, PHP dan kod WordPress. Mari kita mula: 
1. Pertama sekali, anda perlu membuat Facebook App yang baru. Pergi ke Facebook Developers dan tekan “Create New App”
image
2. Berikan nama bagi App anda dan tekan Continue.
image
3. Taipkan captcha yang diberikan dan tekan Submit.
image
5. Facebook App anda telah dibina dan akan digunakan sebentar lagi.
image
6. Pergi ke halaman ini untuk menetapkan rupa bentuk butang Facebook Like anda. Tekan butang Get Code untuk mendapatkan kod.
image
7. Pastikan anda memilih Facebook App yang baru dibina tadi. Salin kedua-dua kod yang diberikan.
image
8. Buka fail WordPress anda. Kod pertama hendaklah diletakkan di bawah <body>. Pada tema Twenty Eleven, ia boleh dijumpai dalam header.php.
image
9. Kod kedua hendaklah diletakkan pada setiap entri. Pada tema Twenty Eleven, ia boleh dijumpai dalam content.php dan content-single.php, sebelum </footer>. Pastikan anda menggantikan kandungan data-href="" dengan <?php echo get_permalink(); ?>
image
10. Kemaskini perubahan yang telah anda lakukan dan buka laman web anda. Jika semuanya lancar, anda akan dapat melihat butang Facebook Like pada setiap entri di blog!

Kod-Kod Kesalahan Internet Dan Maksudnya

Kadang-kadang anda melayari internet dan cuba untuk membuka apa-apa web, e-mail dan apa sahaja laman web FTP, namun anda seringkali melihat kod kesalahan yang berbeza. Anda harus tahu dengan kod kesalahan ini. Anda dapat menyelesaikan masalah ini jika anda dikenal dengan maksud kod kesalahan tersebut.

Di bawah ini adalah beberapa contoh kod kesalahan yang anda hadapi:
400 This is bad request error - pertama anda periksa dahulu mungkin anda menaip URL yang salah dan server tak dapat mengerti URL yang anda taipkan tadi.
401 You are trying to open any unauthorized access site or page. Periksa nama pengguna dan password anda jika anda hendak membuka laman web.
402 Payment Required Error
403 Anda cuba membuka laman web yang anda tak boleh masuk dan anda disekat untuk memasuki laman web tersebut oleh Domain tersebut
404 Anda cuba membuka laman web yang telah dihapuskan, dan juga anda periksa ejaan URL yang ditaipkan tadi

Menukarkan FAT atau FAT32 kepada sistem file NTFS


Anda dapat meningkatkan keupayaan Komputer anda dengan menggunakan NTFS (New Technology File System) harddisk volume dengan windows XP, kerana advance file system ini menyediakan ciri-ciri yang lebih, seperti security, reliability, file encryption dan Compression features.

Tetapi jika anda masih menggunakan sistem file yang lama seperti FAT atau FAT32, anda dapat menukarkannya kepada NTFS dengan arahan yang ringkas dan mudah. Perkara yang menarik adalah, anda dapat ‘convert’ hard drive volumes file system tanpa mengalami sebarang kehilangan data.
    1. Pertama pergi ke Start kemudian klik pada Run.
    2. Sekarang taip perkataan “CMD” dan tekan Ok untuk membuka tetingkap command prompt.
    3. Dalam command prompt taip convert drive letter name: /fs:ntfs
    4. Sebagai contoh jika anda nak menukarkan drive E kepada NTFS arahan/command akan kelihatan seperti ini “convert e: /fs:ntfs”.
    5. Sekarang restart komputer anda dan nikmatilah ciri-ciri NTFS, tetapi anda harus ingat anda tidak boleh menukarkan kembali kepada FAT atau FAT32 .

Tips Bagaimana "Block" Drive Pada Windows XP

Masalah Fail-fail peribadi dalam komputer adalah masalah yang sering dihadapi oleh pengguna komputer. Banyak pengguna-pengguna Komputer yang dibelengu dengan masalah ini disebabkan data miliknya telah hilang ataupun dicuri orang . Oleh sebab itu, disini saya berikan sedikit tips kepada sesiapa yang mengalami masalah tersebut.
1. Runkan Group Policy dengan mengklik[Start]>[Run…] lalu ketik gpedit.msc.

2. Pergi ke subfolder Windows Explorer pada Local Computer policy \ UserConfiguration \ AdministrativeTemplates \ WindowsComponents \.

3. Klik dua kali setting Prevent access to drives from My Computer.

4. Klik radio button [Enabled] untuk mengaktifkan setting ini.

5. Di bahagian bawahnya akan muncul sebuah combo box Pick one of the following combinations.

- Pada combo box tersebut terdapat tujuh pilihan yang boleh Anda pilih:
RestrictA and B drives only, Restrict C drive only, Restrict D driveonly,
Restrict A, B and C drives only, Restrict all drives, dan Do not restrict drives.

Anda hanya tentukan drive mana yang ingin Anda "Block" dengan memilih salah satu pilihan tersebut. Untuk block capaian ke semua drive, pilihlah Restrict all
drives.

6. Tekan tombol [OK] untuk bersetuju perubahan pada setting.
7. Tutup tetingkap Group Policy dan lihat perubahan yang terhasil. Setelah Anda
menentukan drive mana yang telah anda block capaiannya, kini pengguna lain tidak
akan dapati mencapai drive tersebut dan akan muncul Dialog Box "Restricted"

Walaubagaimanapun, ia tidak dapat diakses, namun nama drive dan icon tetap akan muncul di My Computer anda. Jika Anda ingin menyembunyikan ikon dari drive tersebut, ikutilah
langkah langkah ini:

1. Aktifkan kembali Group Policy Editor.
2. Masuk ke folder yang sama dengan di atas (LocalComputer Policy \ UserConfiguration \ AdministrativeTemplates \ WindowsComponents \WindowsExplorer).

3. Klik dua kali setting Hide these specified drives in My Computer untuk
mengubah settingnya.

4. Pilih radio button [Enabled].
5. Setkan combo box yang aktif dengan setting yang sama dengan langkah ke 5
di atas.
6. Tekan [OK] dan tutup Group Policy.
7. Hasilnya , drive yang dipilih hilang dari My Computer.

Folder Options Hilang Dalam Windows XP

Selepas daripada serangan virus pada komputer kita, kita seringkali mengalami masalah seperti folder option daridapa windows explorer akan hilang dan kita tidak dapat mempamerkan semua fail-fail termasuklah fail-fail yang disembunyikan.
Tapi jangan panik, ia mempunyai jalan untuk mengembalikannya seperti sediakala :
Pergi ke Run dan taip –>gpedit.msc
User Configuration –> Administrative Templates –> Windows Components –> Windows Explorer
Pergi ke Enable and then Disable “Removes Folder Options menu from Tools menu”
Akhir sekali tutup semua windows explorer kemudian buka sekali lagi..
Folder Option akan muncul seperti sediakala..

Task Manager sedang Run namun tak kelihatan

Sekiranya anda menggunakan Windows Task Manager untuk memaparkan maklumat tentang program-program dan proses-proses yang sedang dijalankan, anda boleh mulakan Windows Task Manager anda dengan menekan kekunci Ctrl+Alt+Delete dengan serentak atau dengan menekan kekunci-kekunci Ctrl+Alt+Esc

Untuk membuatkan Task manager tersembunyi apabila ia di minimizekan:

1. Pertama bukakan Task Manager dengan menekan kekunci Ctrl+Alt+Delete kemudian pergi ke menu Options dan klik pada Hide When Minimized.

2. Anda dengan mudah dapat mengembalikannya sekiranya anda klik pada ikon Task Manager yang muncul pada taskbar berhampiran dengan paparan masa.

Bagaimana Menukar Screen Resolution

Apakah yang dimaksudkan dengan Screen Resolution? Ia adalah merujuk kepada jumlah pixel (titik berwarna kecil) yang anda miliki pada Screen komputer anda. Resolution yang paling diminati pada masa sekarang adalah 1024x768. Ia sesuai bagi komputer berukuran 17 inci.

Bagaimanapun sesetengah orang mempunyai screen resolution yang rendah seperti 800x600 yang mana membuatkan ikon dan halaman web nampak besar sangat.
Mengubah screen resolution dalam windows ikuti tips yang diberikan dibawah:
1. Pada desktop, klik kanan di kawasan yang bebas. Suatu senarai menu akan muncul. Seperti dibawah.
Tips Komputer
2. Klik pada Properties (Bahagian bawah sekali). Suatu Properties box akan muncul keluar. Seperti gambar dibawah.

Komputer
3.Pilih Settings tab pada Display Properties box.

Tips Komputer
4. Gunakan slide bar yang kecil pada sebelah bawah untuk mengubah suai screen resolution yang diinginkan dan Klik OK. Kemudian Windows akan mengesahkan bahawa anda hendak mengubah screen resolution. Jika anda tekan OK ia kanan tukar dengan segera. Anda perlu sahkan sekali lagi dan anda selesai.

Bagaimana mencari dan menukar Nama Komputer

Ada masa suatu hari nanti anda harus mengetahui nama komputer Anda. Ia bukanlah sama dengan username anda. Anda akan menggunakan nama komputer anda untuk berkongsi fail-fail dan printer dalam rangkaian peribadi anda. Ok, sekarang kita mulakan cara untuk mengetahui nama komputer anda.

Pertama sekali kita perlu membuka system properties Box.

Berikut adalah bagaimana nak mencapai system properties box.

  1. Tekan button Windows key dan Pause Break pada masa yang sama.. ini boleh di lakukan dalam XP dan Vista.
  2. Atau pergi ke Start menu>control panel>system (Bagi Vista anda dapat more details dengan klik pada items di left bar menu.)
  3. Ataupun pergi ke Start Menu dan klik kanan pada My Computer dan pilih Properties (Bagi Vista ia bukanlah my Computer tetapi hanya computer)
Untuk memaparkan dialog box seperti di atas ini pada Windows Vista anda perlu membuka system properties seperti pada langkah-langkah di atas, anda juga perlu klik pada item menu pada panel sebelah kiri. Contohnya anda boleh klik pada Advanced Options.

Di Mana Nama Bagi Komputer Anda?
  1. Pilih computer name daripada tab
  2. Dan terdapat tulisan yang kecil… Jika ia sukar ataupun namanya sangat panjang klik untuk menukarkannya. Menukar nama computer anda memang senang.
Notes:
  1. Windows Vista memaparkan nama computer pada halaman pertama dalam system properties.
  2. Bila dalam rangkaian atau berkongsi fail anda boleh gunakan sama ada alamat computer IP anda ataupun dengan nama computer anda.
Semua komputer-komputer dalam rangkaian semestinya mepunyai nama-nama yang berbeza dan alamat IP yang berbeza untuk mengelakkan berlakunya konflik.